RUKUN PENYEMBUHAN

A) RUKUN TAWAKKAL DAN YAKIN ( Tanpa ragu-ragu)

Keyakinan merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalam yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti tubuh. Mengambil herba dalam keadaan TIDAK yakin adalah satu usaha yang sia-sia.

Kesimpulan kedua yang harus dibuka dari pesakit adalah mengarahkan rasa cemas dan takut hanya kepada Allah. Dan selanjutnya simpulan ketiga yang harus dibuka dari pesakit adalah mengembangkan sikap sabar atas ujian yang  diberikan oleh Allah s.w.t.

B) AMALAN YANG BERTERUSAN

Amalan yang berterusan ertinya istiqamah dan kesabaran dalam menanti keberkesanan herba yang sedang melakukan proses penyembuhan ke seluruh tubuh (total healing).

Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dan makanan harian yang mengandungi toksid (racun), maka sudah tentulah pengambilan ubatan herba semestinya menjadi perkara rutin dalam kehidupan kita. Penyakit akan timbul setelah sekian lama gangguan organ berlaku. Begitulah juga dengan ubat, ia memerlukan tempuh atau waktu yang tertentu untuk menjalankan proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

C) DIRECTION OF CURE

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali dengan nama Direction of cure. Di antara tanda-tanda D.O.C adalah seperti berikut :

i) Bertambah keluar penyakit. Sering kita temui, seseorang yang menggunakan herba dan berlaku healing crisis, dimana semakin  bertambah banyak penyakit yang keluar seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain .

ii) Berpindah penyakit daripada satu bahagian ke bahagian yang lain. Kita juga sering melihat perubahan bagi beberapa penyakit seperti yang di deritai penyakit asma setelah mengamalkan herba, menunjukkan kesan kegatalan di kulit.

iii)Terasa sakit di bahagian pinggang dan tapak kaki. Sistem saraf mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ketapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

iv) Kesakitan yang berulang. Pengulangan simptom/ gejala yang pernah terjadi pada suatu masa dahulu.

D) DOS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat harus disesuaikan dengan berat badan orang yang menggunakannya. Dalam hal ini, perbandingannya adalah 10kg:1g, ertinya setiap 10kg berat badan, banyaknya herba ubatan yang harus diambil adalah 1gram setiap hari. Hal ini sudah termasuk semua herba yang telah dicampurkan.

Locations of visitors to this page
viagra