Archive for the ‘LIVINGNATURALLY LINK’ Category

Keinsafan

Tuesday, September 29th, 2009

Setelah mengharungi segala penat jerih kehidupan ini,ada kala suka dan mahupun berduka, namun likaran hidup ini mahu tidak mahu umur semakin diratah usia. Bila difikir tentang kehidupan alam maya ini, mahu dipohon hidup seratus tahun lagi,untuk apa?, banyak keperluan dirasakan belum cukup!!. Bila diterokai keindahan hidup di sana, mahu sekarang aku dijemput kepadaNya…
Di sini dan di sana.. Aku perlu hidup Aman dan Tenteram..

Oh!! Keinsafan..

 

ASMARA KEMBARA…

Tuesday, September 15th, 2009
Kalaku sendiri kesunyian
Menyapa bayu keriangan
Datang dan pergi permainan
Bukan itu arah tujuan
Hadirkan diri di sampingku
Dengan senyuman dan tawamu
dengan bisikan bicara rindu
Agar terbina mahligai baldu
Nada kian bergelombang
Wajahmu bak purnama terang
Menyuluh ke pelusuk alam
Asmara….
Biarpun dirimu terbakar
menegakkan mahligai cinta
Berpegang pada kata
Berpaut  pada janji
Dengan hati yang rela
Ku tahu hakikatnya
Dirimu takkan lama
Untuk hidup bersama….
Walaupun engkau pergi
Meninggalku sendiri
Namun kau tetap di hati..
Jauh dari pandangan
Kekal dalam ingatan
Ianya bukan bebanan
Pada ku…..
Berdoalah selalu, agar kita bersama
Di suatu masa..
Selama-lamanya….  

Diabetis Koma..

Sunday, September 13th, 2009

 

Salam untuk semua, terukir sejarah dalam hidup ini, Di saat negara menyambut kemerdekaan tanggal 31 Ogos 2009 baru-baru ini, aku didatangi seorang insan kerdil dengan raut wajah yang sangat daif.

 ”Abangg!! tolong saya… saya saaakitt” ”tolong cek  saya….” Dengan nada yang sangat lemah, tiada daya dan longlai sekali.. “masuk, masuk!, duduk, duduk sini….” aku menyapa beliau.. ” Kenapa ni? nape jadi begini?..” ujar ku. “Sakitttt” itu je  yang diungkapkan.. langsung ku ambil  touchlight kecil dan terus suluh ke iris matanya, ku ambil alat tekanan darah dan gegas ku petik suisnya.. Ahh… Normal… “ok je” sambil memandang wajahnya.

“Sakittt sangatttttt!!!”, lemah sungguh nadanya. “sakit mana?? ku mahu kepastian. ” Dok tau, sakit semua badannnn!!!..” sahutnya layu. Tanpa fikir lagi, aku diagnos tapak tangan dan ku sentuh pergelangan tangannya untuk pendetailan.. Ku pusingkan tangan dan ku perhati kukunya.. Ahhhh, suatu tanda yang bersangkutan kandungan logam berat sangat tinggi di kukunya.

Ku ujarnya.. “Keee….. ke Zakari ada kencing manis? ku soal sepontan.. Dia diam seketika “ Dok Tau la…. dok pernah cek punnnn….” jawabnya lemah.. “Sabar yerr” aku mula pasti.. Ku ambil glukos tester dan terus bertindak ambil sample darahnya dan ku test…. “Wah, mesin ni rosak kerr.. Dok leh baca ini!!! kejap yerr!! Kita test lagi sekali” ku ulangi untuk kali kedua.. ” Ohhggg!!! masih dok leh baca ini!!! tertera huruf  ‘H’.. Langsung aku teringat.. mesin bukan dok leh baca… ‘H’ makna high. Ini menunjukkan kadar gula (glukos) dalam badan beliau melebihi dari tahap normal, sampaikan mesin pun tidak dapat  memberi keputusan berapa kadar dalam perkiraan angka..

” Zakari!!! dengan nada prihatin aku pujuk dan bagi tau dia bahawa dia ada diabetis (kencing manis). Melalui sedikit pengalaman Herbalis aku nasihatkan dia dengan beberapa cadangan, antaranya jangan minum air yang di dalam tin… Sebenarnya itu kegemarannya .. dan aku suruh pulang dulu, nanti kita sediakan ubat.

Belumpun ubat ku perolehi untuk dia, Zakari makin lemah… Di rumahnya Beliau terus je tidak sedarkan diri.. Ku di panggil waris terdekatnya.. Bergegas ku tinggal Pusat Rawatan Jawiku, lalu terus menuju ke rumah beliau,ternyata Zakari sudah di lantaian tidak sedarkan diri…

Tanpa fikir lama hanya minta sedikit pandangan dari ahli keluarganya aku menelipon ambulan.. Sejak itu beliau ‘nyenyak dalam koma di ICU Hospital Kuala Terengganu… 

Bacaan kandungan glukos sebenar ketika di Hospital ialah 52 mmol/l tahap sangat kritikal.. AWAS  DIABETIS

Setelah bertarung nyawa selama 16 hari di ICU, beliau menghembuskan nafas terakhir pada tarikh 16 September 2009 (26 Ramadhan 1430) Semoga rohnya dicucuri rahmat.. AlFatihah..

ANDA APA YANG ANDA FIKIRKAN..

Sunday, September 13th, 2009

10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

Wednesday, September 9th, 2009

Salam, bulan Ramadhan telah berada di sepuluh hari akhirnya.. Pada hari-hari 10 terakhir inilah penentu kecemerlangan Puasa pada diri seseorang. Kurniaan Malam anugerah Ilahi menanti insan terpilih..
Sejahtera lah kepada mereka yang Allah janjikan dan kepada mereka yang Allah berikan rahmat keampunan. Sesungguhnya Allah tidak zalim..Hanya sangkaan kita terhadapNya perlu diperbetulkan..  Anda apa yang anda sangkakan..  Pohonlah kepadanya yang baik-baik lagi sempurna.

Lailatul Qadar, malam rahmat, malam keampunan sangat dinantikan.. Semoga kita tergolong dalam keredhaan dan dikurniakan Rahmat dari Yang Maha Agung. Amin.. Sebaik-baik perawatan diri adalah keampunan dan kesejahteraan diri Tuhannya…Itulah kejayaan yang di RAYAkan…. SALAM AIDIL FITRI.. Dari Kami di SPA VILLAGE LIVINGNATURALLY

Perginya Seorang Rakan Seperjuangan

Wednesday, September 9th, 2009

AL-FATIHAH.. TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG KEHENDAK ‘NYA’.. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai.. Amin..


Pak Shariff dalam kenangan SIJIL HERBALIS16

Isu Makanan

Tuesday, August 25th, 2009
Sedar tak sedar kita dah hari ke 4 di bulan Ramadan, ini bermakna dah 4 hari kita berpuasa. Bercakap tentang puasa ni sudah tentu hangat berbicara hal berbuka, bila terlaungnya azan maghrib semua muslimin muslimat akan mengadap hidangan yang disediakan. Juadah berbuka memang sungguh hebat, ada yang memasak sendiri dan tak asing pula berbuka dengan makanan yang sedia dimakan terutamanya membeli je di gerai-gerai, atau di bazar jualan Ramadhan.

Perihatinkah kita tentang pemakanan yang kita makan? Makanan merupakan isu yang sangat penting diperbincangkan, dengan makanan kita sihat, juga melalui makanan pun kita berpenyakit. Makanan kini sudah tidak selamat lagi dimakan… AWAS makanan beracun!!! Tentang itu juga Isu Halal Haram mesti diperincikan.

Kini ramai yang mengambil mudah, asal nampak menyelerakan, tanpa ambil perkiraan dan berfikir panjang terus je beli dan lahap memakannya. Kita abai aspek selidik awal tentang bahan yang digunakan dalam pemakanan yang kita beli… Oleh yang demikian, hari ini kita sepenuhnya ditipu dan telah ditaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tanpa sedar kita telah pun mengambil yang haram, Sedangkan makanan tersebut dibuat santapan sempurnakan ibadah puasa. Baik cari Pahala dan redha Allah, khifarah mendatang..

Di sini saya syorkan, bukan sekadar hati-hati malah selidik sepenuhnya setiap makanan yang bakal disuap kita mahupun ahli keluarga kita..

Mencari yang Halal Tanggungjawab Bersama. Basmi Haram!!!! 

SALAM RAMADHAN

Friday, August 21st, 2009

Ramadhan telah tiba.. suatu bulan yang sangat dirahmati Allah.. Ohh seronoknya!!! Suasana bulan puasa adalah suasana yang tersendiri.. Menahan Lapar dahaga, teringat pula pada mula-mula belajar puasa dulu… Menangis dipujuk ibu agar belajar habis puasa 1 hari, namun bila berbuka awal pula diejek-ejek kawan-kawan sebaya, wah!!! bila menjelang hari Raya akulah paling gembira… dapat harungi puasa penuh sebulan…

Cinta Ramadhan sangat mendalam… ada Solat jemaah Tarawih, Tadarrus AlQuran ramai-ramai, Qiamullai, Suasana berbuka dan sahur sangat memberi nustalgia tersendiri, tambahan pula saat-saat penghujung bulan dan nak sambut Aidil Fitri… Huuuuhh!!!! lagi la.. hari-hari dilalui sekejap je… namun, pada taim tu pula Allah SWT turunkan Satu malam yang sangat bermakna Iaitu malam lailatul  Qadar.

Pe pun situasi ini perlu disempurnakan dengan ikhlas serta jalaninya dengan tabah dan redha… SALAM RAMADHAN…

GELOMBANG MAUT

Friday, August 21st, 2009

Sejahtera untuk semua,

Dunia bukan sekali, dua kali, malah kerap kali diancam virus hidup menyerang ummat manusia. virus hidup mengancam dan membunuh manusia seperti virus cacar, kusta, taun, dan baru-baru ini selsema burung, juga tidak kurang juga ancaman dari spesies binatang haram babi.. seperti JE…

Kini Selsema Babi (Influenza A- H1N1).. 

Walaupun apa jua penyakit.. semuanya ketentuan Ilahi yang mahukan hambanya berusaha dalam menyelesaikan masalah ini serta mengingatiNya. Pernah suatu ketika dahulu wabak taun menyerang penduduk kampung, mereka berikhtiar merawati pengidap dengan herba-herba serta penawar dari tumbuhan-tumbuhan yang tertentu.. tidak lupa juga mereka mengadakan solat hajat serta tahlil khas bagi memohon Allah SWT menyelesaikan wabak dari terus merebak. Satu ratib kampung juga pernah dilakukan.. Ratib atau puji-pujian melalui syair pujangga Arab.. Mungkin kita boleh lakukan untuk kesejahteraan semua..

Panas-Sejuk Badan

Friday, August 21st, 2009

Salam, semalam adalah hari terakhir kelas kita di bulan Saaban. Ramadan dah mula membuka tirai amalan ummat manusia pada rukun ketiga.. Kita akan menyambut ibadah Puasa…

Pada hari terakhir semalam, kita membincangkan tentang PANAS/SEJUK dan pengaruh Unsur-unsur herba terhadap badan… Walaupun peserta kelas masih baru, namun saya sangat berbesar hati atas kesanggupan dan kesungguhan mereka menimba ilmu.. Namun ilmu terhadap herba sangat luas, di mana-mana ada pengetahuan, asal kesungguhan ini tidak dibatasi lemah semangat.. Selamat Maju Jaya…

Kelas KPJ KEMAMAN di bulan Ramadhan ditangguhkan sehingga 1 Oktober 2009 nanti.

Locations of visitors to this page
viagra