BICARA AKUPUNTUR

aku1Acupressure merupakan satu kaedah Perubatan Tradisional Cina yang konsep rawatannya sama sahaja dengan Acupuncture, cuma ianya tidak menggunakan jarum. Iannya melibatkan penggunaan tekanan fizikal sama ada menggunakan jari-jari, tangan, siku atau pelbagai alatan pada titik-titik tertentu pada permukaan tubuh badan (yang mungkin jauh dari tempat yang sakit, tetapi dihubungi oleh suatu sistem yang dikenali sebagai meridian) bagi mewujudkan keseimbangan & aliran tenaga (Qi) di dalam badan dengan baik. Keseimbangan tenaga badan ini dipercayai dapat merawat fizikal, minda, emosi & juga spiritual seseorang.

Sesetengah pengamal Acupressure mengatakan bahawa petujuk pertama berkenaan Acupressure atau Refleksiologi telah ditemui di dalam teks-teks klasik India. Manakala bahan yang pertama membicarakan tentang Qi didapati di dalam tulisan-tulisan Cina semasa dinasti Shang yang mana dihasilkan sekitar kurun ke 16 hingga ke 11 sebelum masihi.

Ramai pengamal seni beladiri Asia mengkaji dengan mendalam & menggunakan Acupressure bagi tujuan pertahanan diri & kesihatan. Kombinasi titik-titik tertentu dikatakan dapat dimanipulasikan bagi melemahkan & mengalahkan lawan. Ahli seni beladiri ini juga biasanya akan mengurut titik-titik Acupressure bagi melancarkan aliran tenaga mereka & menganggap ianya dapat meningkatkan lagi kekuatan & ketahanan tubuh badan dalam menerima serangan dari lawan.

Acupressure telah di amalkan di Asia semenjak beribu-ribu tahun yang lampau & sekarang ini telah di terima oleh masyarakat Barat dengan begitu meluas sekali. Bahkan sekarang ianya telah menjadi salah satu dari kaedah perubatan alternatif yang sangat popular.

Oleh itu, kita sekiranya mahir dalam kaedah rawatan ini, maka insyallah mudahlah bagi kita sendiri yang merawat atau melegakan gangguan-gangguan & juga simptom-simptom umum atau kecil tanpa perlu kalut mengharapkan bantuan orang lain atau menggunakan ubat-ubatan kimia sintetik. Dalam sesetengah keadaan, kelegaan berlaku dengan serta-merta setelah dirawat menggunakan kaedah Acupressure ini.

(terjemahan & penyusunan semula teks “Guideline to Acupressure” tulisan James Holliday and Kevin T. Boyd)

ACUPUNCTURE DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Acupuncture adalah suatu kaedah menyembuhkan penyakit secara alamiyyah di mana ianya mampu meningkatkan fungsi organ-organ di dalam badan manusia. Ia dilakukan dengan menyucuk jarum-jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada titik-titik acupuncture yang tertentu. Masyarakat China menafsirkannya sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah seumpama sungai yang mengalir di dalam sistem badan dan membekalkan nutrisi pada tisu-tisu badan.
Gangguan atau halangan pada tenaga (Qi), darah dan cairan badan,akan menyebabkan gangguan kepada fungsi organ-organ di dalam badan dan menyebabkan penyakit bahkan juga boleh menyebabkan kematian. Rawatan acupuncture boleh membantu organ dalaman dan tisu-tisu meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga.

Sains biologi menerangkan rawatan acupuncture sebagai suatu kaedah penyucukkan jarum-jarum acupuncture pada titik-titik rangsangan tertentu yang akan merangsang sistem saraf untuk melepaskan neuroprotein dan isyarat neuro yang terletak di dalam otot-otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk merembeskan endorphin, enkefalin dan dinorfin yang didapati berlaku di tengah-tengah bahagian otak.

Prinsip perubatan China adalah keseimbangan dan keharmonian di antara Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron di dalam sel bertindak berpandukan coraknya yang tersendiri. Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni. Di dalam meridian, bioelektron, bergerak dengan lebih kerap berbanding bahagian lain badan.

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektromegnetik tidak seimbang, Yin dan Yang juga turut terganggu. Ini akan mengakibatkan kegagalan fungsi organ-organ dalam badan dan menyebabkan terjadinya penyakit. Lebih kerap rawatan acupuncture diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel kembali normal. Pada tahap ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya, Insyallah.

KAJIAN SECARA SAINTIFIK

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California, didapati bahawa apabila jarum-jarum acupuncture dicucuk pada bahagian tertentu badan, ia serta merta akan menghantar mesej ke otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine, iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya imunisasi badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik-titik acupuncture, ia akan mengaktifkan aktiviti-aktiviti otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus membuktikan secara saintifiknya bahawa jarum-jarum acupuncture bertindak merangsang tubuh badan menjalankan proses penyembuhan secara alamiyyah terhadap sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang pesakit.

Setakat ini tiada wujudnya sebarang masalah. Acupuncture adalah satu kaedah yang sangat selamat dalam merangsang tubuh badan agar melakukan proses penyembuhan secara semulajadi & juga meningkatkan fungsi-fungsi anggota badan, Insyallah.

Sekiranya dilakukan dengan betul, acupuncture jarang sekali menyebabkan kesan-kesan sampingan yang serius. Biasanya pesakit akan rasa sakit sekejap sewaktu jarum dicucuk. Pengalaman lainnya mungkin rasa gatal-gatal sikit di sekeliling jarum yang dicucuk.

Masalah-masalah lain yang didapati dicatat oleh para pengkaji sebenarnya merupakan kesilapan yang dilakukan oleh acupuncturis (pengamal acupuncture). Contohnya, kegagalan menentukan jenis rawatan yang berkemungkinan lebih efektif terhadap penyakit yang dihidapi oleh pesakit mereka. Selebihnya berlakunya jangkitan lantaran menggunakan jarum yang tidak disteril. Ramai juga yang mencederakan pesakit mereka kerana mencucuk jarum terlampau dalam sehingga mencucuk organ-organ penting seperti paru-paru. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah dirumuskan oleh “The National Institutes of Health”, acupuncturis umumnya mempunyai rekod yang sangat baik dalam memberikan rawatan kepada pesakit mereka. Apa yang berlaku hanyalah kes-kes yang terpencil & tidak membabitkan semua acupunturis.

Salah satu dari kesan sampingan yang ana biasa dengar adalah sakit yang dideritai oleh pesakit menjadi semakin teruk selepas rawatan diberikan. Kadang-kadang berlaku juga masalah seperti hilang selera makan atau sebaliknya, gangguan tidur, masalah buang air besar atau kencing, bahkan juga masalah emosi. Walau bagaimanapun, masalah sebegini tidaklah perlu dirisaukan sangat kerana itu tandanya yang rawatan acupuncture telah mula bertindak (direction of cure/healing crisis). Wan Khairul pernah terangkan pada ana lebih kurangnya (banyak rujuk dia dalam masalah acupuncture ni); “Acupuncture melancarkae aliran tenago (Qi) yae sbelum ni sekat di badae kito. Mace salo paip sumbak. Bilo kito buae bendo hok sumbak tu, air akae ngalir derah lah. Bilo air ngalir nilah mako akae timbo tando-tando yae menunjukkae air tu sedae & telah ngalir.”

Biasanya sesi pertama & ke-2 rawatan, pesakit akan rasa tenang sangat atau “huyung” sikit selepas rawatan. Kesan ni Insyallah akan hilang selepas sehari-dua.

Suka ana ingatkan, pesakit yang telah mendapat rawatan hendaklah maklumkanlah perkembangan dirinya kepada acupuncturis agar tindakan sewajarnya dapat diambil. Bukannya mudah nak memburuk-burukkan acupunturis atau kaedah rawatan acupuncture itu sendiri. Bawalah berbincang, Insyallah acupuncturis akan sedaya-upaya membantu anda.

Merujuk kepada “Archives of Family Medicine”, ramai juga pesakit yang melaporkan masalah yang lebih serius seperti mengantuk, berpeluh atau loya. Bahkan ada juga laporan yang mengatakan pesakit pengsan. Walau bagaimanapun pesakit tersebut pulih balik setelah beberapa minit tanpa mengalami apa-apa masalah.

Kesimpulannya acupuncture adalah suatu kaedah rawatan yang sangat selamat, berbanding dengan ubat-ubatan kimia sintetik, Insyallah.

Akupuntur intro..

Akupuntur China ABC

Locations of visitors to this page