PERAWATAN JAWI LIVINGNATURALLY
Friday, January 15th, 2010Semenjak tarikh Perasmian SPA VILLAGE Livingnaturally dilancarkan pada Julai 2007 lalu, yang mana ianya disempurnakan oleh Dato’ Menteri Belia dan Sukan Malaysia(Kini), Banyak perubahan telah kami kemaskinikan perkhidmatannya demi menjadikan suatu Pusat Perawatan Alternatif (Perawatan Jawi) menjamin keselesaan dan kepuasan pelanggan yang bermasalah kesihatan.
Perkhidmatan yang disediakan adalah termasuk Diagnosa Saraf Tapak Tangan, Diagnosa Iridologi, Diagnosa Saraf Lidah serta Perawatan seperti Bekam, Akupuntur, Reflexologi, Kiropraktik ( Pembetulan Tulang Belakang) dan beranika bentuk Massage. Juga kami menyediakan Khidmat Mandian Wap berserta mandian bunga, Mandian Limau. Bertangas bagi wanita yang bermasalah Kewanitaan jua disediakan. Herba-herba alami yang telah disinergi yang diluluskan Kementerian Kesihatan adalah kegunaan kami.
Kami berkepakaran dalam perawatan Jawi melalui Herbalis-herbalis yang disahkan dan berpengalaman. Kami menyediakan pakej perkhidmatan di Laman Kesihatan



