Archive for November, 2009

HARUM MU BAKAWALI..

Wednesday, November 25th, 2009

bakawali1

Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.

    jubakawali1   Sedang asyik melayari internet untuk siapkan beberapa kerja yang masih belum selesai, aku dikejutkan dengan deringan talipon bimbitku… Hello!! aku menyapa panggilan itu.. “Assalamualaikum!!!.. Mai cepat,mai tenguk ni.. ” Bunga dah nak kembangg!! Wahhh.. harum sungguh” kata suara orang itu.. Aku jenguk di dada dinding, dapati jam menunjukkan 11.00 pm… ” Jom-jom, kita ke rumah Pak Man, bunga Bakawali nak kembang.. Cepat kita pergi…” aku mempelawa kecil orang terdekat untuk bergegas pergi ke rumah jiran..

Sesampainya di rumah orang tua tersebut ” Subhanallah.. Cantiknya!!! Uhhh.. Harummmm nyer…” Baunya semerbak menyelinap ke seluruh tempat sekitar rumah tersebut. Bukannya sekuntum… banyakkk!!

Aku tidak bercakap banyak terus je ambil gambar dan lepas itu ku hampiri kuntum-kuntum bakawali yang putih melepak bersih berseri itu untuk ku ambil baunya secara dekat… Uwahh!! emmm!! cukup menyegarkan.. Alhamdulillah nikmat haruman ini… ketika itulah aku rasakan besarnya kekuasaan Tuhan.. Demam sikit-sikit pun boleh jubakwali2sembuh,Insya Allah.. Ini dikatakan terapi bauan bunga-bunga..

Bakawali ini kembang seketika je, Antara jam 10-12.00 pm.. ketika itu bunga yang banyak andian dan dikatakan banyak memberi sumbangan semangat pada tuannya (penanamnya) ini menghemburkan baunya yang sangat harum dan menyegarkan..

 

Jauhi Makanan Segera

Monday, November 16th, 2009

gemuese17

Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.

Hakikatnya makanan tersebut banyak yang masih kabur keselamatan dan kesuciannya… Kita bertanggungjawab atas apa yang kita ambil, adalah juga wajar kita jauhi dan hindari dari terus dikaburi status kesucian makanan…

Jauhi makanan segera!!…

Locations of visitors to this page