Setelah mengharungi segala penat jerih kehidupan ini,ada kala suka dan mahupun berduka, namun likaran hidup ini mahu tidak mahu umur semakin diratah usia. Bila difikir tentang kehidupan alam maya ini, mahu dipohon hidup seratus tahun lagi,untuk apa?, banyak keperluan dirasakan belum cukup!!. Bila diterokai keindahan hidup di sana, mahu sekarang aku dijemput kepadaNya…
Di sini dan di sana.. Aku perlu hidup Aman dan Tenteram..
Kalaku sendiri kesunyian
Menyapa bayu keriangan
Datang dan pergi permainan
Bukan itu arah tujuan
Hadirkan diri di sampingku
Dengan senyuman dan tawamu
dengan bisikan bicara rindu
Agar terbina mahligai baldu
Nada kian bergelombang
Wajahmu bak purnama terang
Menyuluh ke pelusuk alam
Asmara….
Biarpun dirimu terbakar
menegakkan mahligai cinta
Berpegang pada kata
Berpaut pada janji
Dengan hati yang rela
Ku tahu hakikatnya
Dirimu takkan lama
Untuk hidup bersama….
Walaupun engkau pergi
Meninggalku sendiri
Namun kau tetap di hati..
Jauh dari pandangan
Kekal dalam ingatan
Ianya bukan bebanan
Pada ku…..
Berdoalah selalu, agar kita bersama
Di suatu masa..
Selama-lamanya….
Salam untuk semua, terukir sejarah dalam hidup ini, Di saat negara menyambut kemerdekaan tanggal 31 Ogos 2009 baru-baru ini, aku didatangi seorang insan kerdil dengan raut wajah yang sangat daif.
”Abangg!! tolong saya… saya saaakitt” ”tolong cek saya….” Dengan nada yang sangat lemah, tiada daya dan longlai sekali.. “masuk, masuk!, duduk, duduk sini….” aku menyapa beliau.. ” Kenapa ni? nape jadi begini?..” ujar ku. “Sakitttt” itu je yang diungkapkan.. langsung ku ambil touchlight kecil dan terus suluh ke iris matanya, ku ambil alat tekanan darah dan gegas ku petik suisnya.. Ahh… Normal… “ok je” sambil memandang wajahnya.
“Sakittt sangatttttt!!!”, lemah sungguh nadanya. “sakit mana?? ku mahu kepastian. ” Dok tau, sakit semua badannnn!!!..” sahutnya layu. Tanpa fikir lagi, aku diagnos tapak tangan dan ku sentuh pergelangan tangannya untuk pendetailan.. Ku pusingkan tangan dan ku perhati kukunya.. Ahhhh, suatu tanda yang bersangkutan kandungan logam berat sangat tinggi di kukunya.
Ku ujarnya.. “Keee….. ke Zakari ada kencing manis? ku soal sepontan.. Dia diam seketika “ Dok Tau la…. dok pernah cek punnnn….” jawabnya lemah.. “Sabar yerr” aku mula pasti.. Ku ambil glukos tester dan terus bertindak ambil sample darahnya dan ku test…. “Wah, mesin ni rosak kerr.. Dok leh baca ini!!! kejap yerr!! Kita test lagi sekali” ku ulangi untuk kali kedua.. ” Ohhggg!!! masih dok leh baca ini!!! tertera huruf ‘H’.. Langsung aku teringat.. mesin bukan dok leh baca… ‘H’ makna high. Ini menunjukkan kadar gula (glukos) dalam badan beliau melebihi dari tahap normal, sampaikan mesin pun tidak dapat memberi keputusan berapa kadar dalam perkiraan angka..
” Zakari!!! dengan nada prihatin aku pujuk dan bagi tau dia bahawa dia ada diabetis (kencing manis). Melalui sedikit pengalaman Herbalis aku nasihatkan dia dengan beberapa cadangan, antaranya jangan minum air yang di dalam tin… Sebenarnya itu kegemarannya .. dan aku suruh pulang dulu, nanti kita sediakan ubat.
Belumpun ubat ku perolehi untuk dia, Zakari makin lemah… Di rumahnya Beliau terus je tidak sedarkan diri.. Ku di panggil waris terdekatnya.. Bergegas ku tinggal Pusat Rawatan Jawiku, lalu terus menuju ke rumah beliau,ternyata Zakari sudah di lantaian tidak sedarkan diri…
Tanpa fikir lama hanya minta sedikit pandangan dari ahli keluarganya aku menelipon ambulan.. Sejak itu beliau ‘nyenyak dalam komadi ICU Hospital Kuala Terengganu…
Bacaan kandungan glukos sebenar ketika di Hospital ialah 52 mmol/l tahap sangat kritikal.. AWAS DIABETIS
Setelah bertarung nyawa selama 16 hari di ICU, beliau menghembuskan nafas terakhir pada tarikh 16 September 2009 (26 Ramadhan 1430) Semoga rohnya dicucuri rahmat.. AlFatihah..
Salam, bulan Ramadhan telah berada di sepuluh hari akhirnya.. Pada hari-hari 10 terakhir inilah penentu kecemerlangan Puasa pada diri seseorang. Kurniaan Malam anugerah Ilahi menanti insan terpilih..
Sejahtera lah kepada mereka yang Allah janjikan dan kepada mereka yang Allah berikan rahmat keampunan. Sesungguhnya Allah tidak zalim..Hanya sangkaan kita terhadapNya perlu diperbetulkan.. Anda apa yang anda sangkakan.. Pohonlah kepadanya yang baik-baik lagi sempurna.
Lailatul Qadar, malam rahmat, malam keampunan sangat dinantikan.. Semoga kita tergolong dalam keredhaan dan dikurniakan Rahmat dari Yang Maha Agung. Amin.. Sebaik-baik perawatan diri adalah keampunan dan kesejahteraan diri Tuhannya…Itulah kejayaan yang di RAYAkan…. SALAM AIDIL FITRI.. Dari Kami di SPA VILLAGE LIVINGNATURALLY