Archive for August, 2009

Isu Makanan

Tuesday, August 25th, 2009
Sedar tak sedar kita dah hari ke 4 di bulan Ramadan, ini bermakna dah 4 hari kita berpuasa. Bercakap tentang puasa ni sudah tentu hangat berbicara hal berbuka, bila terlaungnya azan maghrib semua muslimin muslimat akan mengadap hidangan yang disediakan. Juadah berbuka memang sungguh hebat, ada yang memasak sendiri dan tak asing pula berbuka dengan makanan yang sedia dimakan terutamanya membeli je di gerai-gerai, atau di bazar jualan Ramadhan.

Perihatinkah kita tentang pemakanan yang kita makan? Makanan merupakan isu yang sangat penting diperbincangkan, dengan makanan kita sihat, juga melalui makanan pun kita berpenyakit. Makanan kini sudah tidak selamat lagi dimakan… AWAS makanan beracun!!! Tentang itu juga Isu Halal Haram mesti diperincikan.

Kini ramai yang mengambil mudah, asal nampak menyelerakan, tanpa ambil perkiraan dan berfikir panjang terus je beli dan lahap memakannya. Kita abai aspek selidik awal tentang bahan yang digunakan dalam pemakanan yang kita beli… Oleh yang demikian, hari ini kita sepenuhnya ditipu dan telah ditaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tanpa sedar kita telah pun mengambil yang haram, Sedangkan makanan tersebut dibuat santapan sempurnakan ibadah puasa. Baik cari Pahala dan redha Allah, khifarah mendatang..

Di sini saya syorkan, bukan sekadar hati-hati malah selidik sepenuhnya setiap makanan yang bakal disuap kita mahupun ahli keluarga kita..

Mencari yang Halal Tanggungjawab Bersama. Basmi Haram!!!! 

SALAM RAMADHAN

Friday, August 21st, 2009

Ramadhan telah tiba.. suatu bulan yang sangat dirahmati Allah.. Ohh seronoknya!!! Suasana bulan puasa adalah suasana yang tersendiri.. Menahan Lapar dahaga, teringat pula pada mula-mula belajar puasa dulu… Menangis dipujuk ibu agar belajar habis puasa 1 hari, namun bila berbuka awal pula diejek-ejek kawan-kawan sebaya, wah!!! bila menjelang hari Raya akulah paling gembira… dapat harungi puasa penuh sebulan…

Cinta Ramadhan sangat mendalam… ada Solat jemaah Tarawih, Tadarrus AlQuran ramai-ramai, Qiamullai, Suasana berbuka dan sahur sangat memberi nustalgia tersendiri, tambahan pula saat-saat penghujung bulan dan nak sambut Aidil Fitri… Huuuuhh!!!! lagi la.. hari-hari dilalui sekejap je… namun, pada taim tu pula Allah SWT turunkan Satu malam yang sangat bermakna Iaitu malam lailatul  Qadar.

Pe pun situasi ini perlu disempurnakan dengan ikhlas serta jalaninya dengan tabah dan redha… SALAM RAMADHAN…

GELOMBANG MAUT

Friday, August 21st, 2009

Sejahtera untuk semua,

Dunia bukan sekali, dua kali, malah kerap kali diancam virus hidup menyerang ummat manusia. virus hidup mengancam dan membunuh manusia seperti virus cacar, kusta, taun, dan baru-baru ini selsema burung, juga tidak kurang juga ancaman dari spesies binatang haram babi.. seperti JE…

Kini Selsema Babi (Influenza A- H1N1).. 

Walaupun apa jua penyakit.. semuanya ketentuan Ilahi yang mahukan hambanya berusaha dalam menyelesaikan masalah ini serta mengingatiNya. Pernah suatu ketika dahulu wabak taun menyerang penduduk kampung, mereka berikhtiar merawati pengidap dengan herba-herba serta penawar dari tumbuhan-tumbuhan yang tertentu.. tidak lupa juga mereka mengadakan solat hajat serta tahlil khas bagi memohon Allah SWT menyelesaikan wabak dari terus merebak. Satu ratib kampung juga pernah dilakukan.. Ratib atau puji-pujian melalui syair pujangga Arab.. Mungkin kita boleh lakukan untuk kesejahteraan semua..

Panas-Sejuk Badan

Friday, August 21st, 2009

Salam, semalam adalah hari terakhir kelas kita di bulan Saaban. Ramadan dah mula membuka tirai amalan ummat manusia pada rukun ketiga.. Kita akan menyambut ibadah Puasa…

Pada hari terakhir semalam, kita membincangkan tentang PANAS/SEJUK dan pengaruh Unsur-unsur herba terhadap badan… Walaupun peserta kelas masih baru, namun saya sangat berbesar hati atas kesanggupan dan kesungguhan mereka menimba ilmu.. Namun ilmu terhadap herba sangat luas, di mana-mana ada pengetahuan, asal kesungguhan ini tidak dibatasi lemah semangat.. Selamat Maju Jaya…

Kelas KPJ KEMAMAN di bulan Ramadhan ditangguhkan sehingga 1 Oktober 2009 nanti.

Radix Koko

Friday, August 21st, 2009

Lawatan ke Kilang Kopi Radix

Sunday, August 16th, 2009

Lawatan kilangSalam.

Ahhaa…. Kini, ummat manusia sedang dilanda hidup dalam fobia H1N1… Oh ya… kami bertopeng ni bukan di kawasan orang awam atau di kawasan yang banyak kes penyakit membunuh tu.. hehe!! Kami di kawasan yang istimewa iaitu di Kilang Kopi penawar unggul.. Kopi Radix.. Uh.. Sungguh canggih sekali. Kini, orang kita telah berjaya menghasilkan produk yang hebat, kita telah setanding dengan produk lain, malah lebih halal. Jangan ragu-ragu.. Kopi Radix memang istimewa hebatnya. Mai Secawan

PERNAFASAN-Resdung

Saturday, August 15th, 2009

Minggu lepas Kelas Perawatan jawi Kemaman membincangi tajuk Pernafasan-resdung..

Resdung dihubungkan dengan masalah alahan (alergi) kepada beberapa jenis makanan, benda-benda tertentu atau keadaan sekeliling.

Tanda-tanda..

Selsema,Bersin berulang kali, Jerawat, Mata berair dan gatal Pening kepala, Lelah (athma) Rambut gugur  Kelemumur, Nafas Berbau, Sakit gigi, Tompok Hitam, Ruam di belakang badan, Buasir, dan lain-lain.

Diagnosa Tapak Tangan.. 

PERUT TAPAK TANGAN BERWARNA KEHIJAUAN

GANGGUAN PERNAFASAN PARU-PARU

MASALAH PENAT-ASTHMA

Herba yang disyorkan

KOD:ZH01    75BIJI  RM20.00

Resdung Biasa= Coscinium Plus, Teh Herba, Kopi Radix

Resdung Kronik = Tambahkan dengan Herba rebusan Fisalin B, Madu asli

Selsema Babi (H1N1)

Tuesday, August 11th, 2009

Dunia dikejutkan dengan satu gelombang  MAUT. Membunuh secara senyap!!!… Kifarah!!! Hukuman!!! Ujian!!! 

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.  Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan..

Simptom… Selsema,  Demam, Batuk, Kepenatan, Kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

Penawar…

Tanah liat Putih, Campurkan sedikit ke dalam air, di minum..  Tingkatkan imuniti badan dengan Habbatus Sauda dan madu Asli

1. Kapsul IMT – 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle – (minum terus menerus) – hingga habis sekotak.
3. Spirulina – 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda – minum hingga sembuh.
5. Sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

Locations of visitors to this page