













Setelah tiga minggu program Kelas Perubatan Jawi berjalan dan kini tibalah waktu yang ditunggu-tunggu, iaitu Pelancaran Rasmi Kelas Perubatan Jawi Cawangan Kemaman, Ianya telah dilaksanakan pada hari ini (Khamis – 16 Julai 2009) dengan jayanya. Majlis dan lafaz pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi KPTrg PJS Al Fadhil Ustaz Jamaluddin bin Jusuh. Dijemput khas PJS PJM En Rosmandi Bin Ishak bagi menjayakan program ini. Kami di pihak herbalis Kemaman sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir…
“Ke arah merealisasikan Pengubatan Jawi”.
Alhamdulillah.. Hari Khamis baru-baru ini kami barisan Herbalis telah membuka lembaran baru di HPA kemaman. suatu program Pengubatan Jawi anjuran herbalis Kemaman dapat dilaksanakan dengan sambutan kehadiran ramai pengedar dan ahli-ahli HPA.
ANTARA ATUR PROGRAM
Slot Motivasi ‘Indahnya Bersama HPA’
Slot penerangan Pengubatan
Slot Diagnos Penyakit
Slot Perawatan (Jika Perlu)
Insya Allah Kami bersepakat untuk menjadikan hari khamis adalah hari “Herbalis bersama Cawangan Kemaman”
Kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan kursus susulan setelah tahun lepas (2008) kami berjaya mengendalikan Kursus Perawatan Alternatif selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh KEMAS Kemaman… Kini kursus yang diberi tajuk Kursus Pengukuhan Kemahiran Perawatan telah dilaksanakan pada 5 Julai 2009 semalam…
Alhamdulillah… Syukur kepada Allah subhanahu Wataala.. Kini apa yang kita perkatakan tentang perawatan alternatif Tibbun Nabawi telah diterima dan akan diperlukan oleh semua golongan masyarakat… Hanya kita yang boleh corak dan letakkan kehebatan perawatan Tibbun Nabawi itu di tempat yang tinggi… Tibbun Nabawi bukan lagi di tepi-tepi jalan… Keagungan nya di tangan kita…
Salam… di atas kesepakatan, kami di Livingnaturally mengalu-alukan semua herbalis16 untuk mengunjungi klinik Perawatan JAWI kami di Kemaman, Terengganu… Di sini juga kami telah sebulat suara bermuafakat di kalangan herbalis16 Kemaman, untuk mengendalikan Program Perawatan Jawi Di Cawangan Kemaman setiap khamis jam 3.00 – 05.30 petang…
JEMPUTAN KEPADA SEMUA YANG BERMINAT!!