1 Jan 2009
Friday, January 2nd, 2009Menjelang 1.1.2009, kami dikunjungi ramai pesakit yang menanggung pelbagai masalah kesihatan. Antara mereka, seorang yang usianya masih muda, malah mengidap berbagai masalah, HBP menjangkau 160/98/97, Kalau ikutkan insan tersebut dah pun dikira pengidap Tekanan DarahTinggi, orang yang sama juga ada diabetis, berat badan yang melebih dari sepatutnya, migrain, juga ada gout…Kenapa jadi begini???… Bila ditinjau melalui diagnos tapak tangan, ternyata lebih banyak lagi perkara lain yang tersangkut padanya.
Setelah 2 tahun kami berjinak-jinak dalam menceburi bidang perawatan alternatif SPA ini dengan pelanggan hanya lebih kurang 1000 orang, kami membuat analisa 85% daripada mereka mengalami penyakit dalaman yang membimbangkan. Tekanan Darah Tinggi, Diabetis, Migrain, Gout, Susah tidur, Resdung, dan lain-lain, itu yang selalu dikhabar dan diadukan kepada kami.. Bukannya mereka sudah lanjut umur, ada yang baru je menjangkau 16 tahun, malah sudahpun disahkan pengidap Tekanan Darah Tinggi. Apa sudah jadi??.
Bagaimana 10 tahun akan datang? Sihat ke manusia masa depan? Kita fikir-fikirkanlah…

