Archive for December, 2008

MENJELANG 2009

Wednesday, December 31st, 2008

Wah!!! malam ni ramailah yang keluar menyambut ketibaan tahun baru, berpusu-pusu dan berbondong-bondonglah manusia dengan semangat tahun baru.. Pelbagai ragamlah watak yang dapat kita lihat, ibuayah dengan keluarganya, si remaja dengan beranika gelagaknya, masing-masing dengan agenda sendiri…

Sambutan tahun baru sangat berbeza antara suatu tempat dengan tempat lain, ada menyambut dengan keriangan berpesta dan bermandikan cahaya percikan bunga api, dan juga ada yang bertemankan lenangan air mata nostalgia diri sendiri, serta tidak jua kurangnya yang menyambut tahun baru dengan dihujani peluru dan suara raungan anak-anak kecil dalam kegelapan dunia.

Namun, inilah suka duka kehidupan… kita bergembira sedangkan mereka berduka, kita nestapa mereka pula hilai tawa… Apa maknanya sambutan untuk Tahun Baru??? Maal Hijrah berlalu dua hari lepas, esok umat manusia sambut satu tahun lagi Masihi.. Oh!!! 2009, Apakah tahun ini diselubungi ‘TERANG’ ataupun ‘GELAP’…

Maal Hijrah 1430

Monday, December 29th, 2008

Salam sejahtera untuk semua , Semestinya setiap ketibaan tahun baru, telah menjadi kebiasaan setengah orang memperbaharui azam mereka, walaupun apa yang telah diazamkan tahun-tahun sebelum ini masih belum dilaksanakan lagi… oklah walau apa pun, rancangan hidup mesti dibuat agar ada landasan untuk kita.

Umat manusia kini masih belum mampu untuk menjana kehidupan atas kehendak kejadian mereka. walaupun ramai cerdikiawan telah berhempas pulas merancang, menjana, mengkaji, dan merangka konsep hidup agar ummat manusia hidup lebih aman dan tenteram. Di mana silap dan kekurangannya? Faktor mana yang masih belum dikaji?

Tahun 1430H telah datang, bagaimana nasib kita? kita mengharap kepada siapa bangunkan azam kita itu? sama-sama kita renung dan muhasabah… Bangun sendiri hak yang mutlak bagi kita… sudah lama kita bergantung pada nasib lemah kita, sudah lama kita berharap pada orang lain, kini masanya kita cuba dan terus bangun bina nasib kita sendiri..

Kita bukan saja mengharap suapan rezeki harian kita pada orang… Malah hal ehwal kesihatan kita pun kita ambil endah tak endah.. pe lagi yang ada pada kita, walhal di sekeliling kita banyak kemunafaatan yang boleh dicungkil. Kesihatan kita hak kita.. Jangan tertipu, asal kenyang kita redah pe jenis makanan.. Tulis je halal kita tidak panjang akal, sapu jee…  waspada memilih pe yang kita dan orang-orang kita nak jadikan makanan.  Mencegah lebih baik dari mengubat..

Salam Maal Hijrah, agarnya tahun ini bakal menjamin kebahagian dan Kesejahteraan…

KEMAAFAN IBU SUATU PERAWATAN

Thursday, December 25th, 2008

“Janganlah kamu berkata walaupun dengan perkataan “ah” sekali pun kepada ibu mu”.
“Syurga di telapak kaki ibu”

Sesungguhnya hari ini ungkapan sedemikian sangat ampuh dan dipandang remeh oleh anak-anak kita. Mungkin benarlah bagai dikata, akhir zaman anak sudah tidak mengenal erti kasih ibu, anak anggap ibu hanya seorang pengatara dan petanggungjawab semasa tumbesaran mereka sahaja… Bila tapak kaki sudah melebari lebih dari ibu, ibu tidak dipedulikan lagi.. Ibu hanya boneka hidup, kadang-kadang suara sapaan ibu ditolak dan tidak kurang adanya tengkingan serta herdik, si ibu kembali dengan hati yang retak hancur..

Duhai anak, Jangan bila sudah ditimpa kecelakaan baru kamu sedar bahawa ada kaitan kamu  dengan kasih ibumu!!..

Ibu penuh kemaafan.. Namun bila terbakar hati, dan terpateri hati ibu pada mu, kamu akan tanggung segalanya..

Kemaafan dari ibu sebenarnya adalah perawatan yang sangat berkesan..
Aku masih ingat pesan orang tua-tua,melalui ibu banyak penawar jiwa… Tak kala aku ingin menduduki peperiksaan ketika zaman persekolahan dulu, aku tidak lupa meminta ibu sediakan air rambutnya untuk aku minum sebagai penenang hati ketika peperiksaan. aku minum…

Entahlah… masihkah wujud perkara sedemikian hari ini?? atau perbuatan demikian sudah dianggap ketinggalan zaman??? kotor? Jijik? Eee… tak lalu nak minumla??? Mungkin ini keluhannya…

Anak-anak!!! Setinggi mana ilmu di dada tinggi lagi keredhaan ibu..

Wednesday, December 24th, 2008

Natural kehidupan…

Dunia semakin runcing kegawatannya.. Manusia kian liar dalam mengejar hala tuju hidup yang tiada asas yang kukuh. Semuanya hilang pedoman dalam meniti usia dan menuju ke arah kematian sendiri. Kita jua kini alpa tentang maksud kejadian diri oleh pencipta alam, Living naturally mengajak semua insan / manusia supaya kembali kepada asas kemurnian hidup, kembalilah ke asal kejadian sebenar…

Kita dilahirkan untuk keamanan dan kerahmatan sejagat. Bertemankan keyakinan kepada kejadian hanya aturan tuhan serta amalan bersifat kepujian, manusia pasti kembali mengenal erti kelahirannya sendiri

PUJANGGA WARISAN

Wednesday, December 17th, 2008


Suatu masa aku ke Kuala Terengganu, masuknya waktu asar aku singgah di masjid Sultan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Putih, selesai tunaikan Solah Asar sementara menunggu ahli keluarga siap, aku tersua seorang tua iaitu orang lama yang berasal di kampung berhampiran masjid ini. Kami sembang-sembang, dalam perbualan aku banyak bertanya tentang perawatan tradisional kepadanya.

Aku tertarik dengan cerita orang tua ini tentang kisah orang dulu-dulu dalam mencari penyelesaian permasalahan penyakit, terutama penyakit taun yang dihidapi oleh penduduk sekitar kampung Kuala ini. Antara warisan dan amalan mereka ketika dahulu ialah mengamalkan satu majlis sepertinya membaca pujangga atau syair yang dinamakan Nazam.

Menurut kata Pak cik tadi, Nazam sememangnya sentiasa diamalkan oleh orang-orang di situ di masjid Putih ini, dan kadang-kadang turut disertai oleh Baginda Sultan Terengganu ketika itu.
Berkali-kali dia menekankan bahawa amalan membaca nazam ini banyak memberi kesan positif, Wabak taun dapat diselesaikan…

Aku tercari-cari apa sebenarnya yang terkandung dalam amalan yang sudah sekian lama ditinggalkan itu, Di mana kebenaran kesan positif ini pada wabak atau penyakit yang sememangnya menjadi igauan pada penduduk dunia?? Dah banyak penyakit kita dengar, JE, SARS.. kini serangan penyakit baru plok, entah dari mana pula asalnya…

Atau mungkin sekali sekala kita boleh tinjau dan terus cuba amalan lama tadi, kut-kut ada betulnya memberi kesan baik pada kita, itu juga alternatif.

Tuesday, December 16th, 2008

           

RUKUN PENYEMBUHAN

Sunday, December 14th, 2008

Seseorang yang mengambil langkah Perawatan alternatif sebagai pilihan merawat masalah atau penyakit diri harus menilai rukun penyembuhan. Penyembuhan sesuatu penyakit akan berlaku bila herba diambil dengan menitikberat beberapa rukunnya,

A) KEYAKINAN

B) AMALAN BERTERUSAN

C) D.O.C

D) MENCUKUPI DOS

Ikuti saranan Tuan Hj Ismail bin Ahmad 

Pengasas HPA Industries S/B, Pakar Perawatan Herba /Herbalis

AIR MATA MALAM

Tuesday, December 9th, 2008

Ciptaan malam dan siang adalah pelengkap Qada’ ilahi terhadap putaran alam semesta ini. Rezeki keperluan di siang hari, malam pula dikurniakan untuk kita dengan Tuhan Azzawajalla.. Tapi kini, malam sudah berubah struktur fungsinya… “Kita angkuh melekakan diri dalam mengendalikan fungsi malam”.

Keamanan serta ketenteraman alam ini semestinya berkait rapat dengan hubungan makhlok terbaik ciptaan tuhan. Dikatakan bahawa “kerosakan dan kebinasaan alam adalah disebabkan tangan-tangan manusia”. Kebenaran ungkapan ini ternyata jelas, baru-baru ini kita di Malaysia dikejutkan dengan kegemparan berita runtuhnya tanah di Ulu Klang, Selangor. Disamping bencana alam, kita juga kena akur bahawa penyumbang terhadap peristiwa tersebut jua datang dari kedegilan manusia yang rakus mengejar keuntungan sehingga mengabaikan faktor keselamatan awam.

Kini, ramai yang merana dan meratapi kesedihan di atas apa yang telah berlaku. Tuhan sangat adil dalam mengendalikan kehidupan hambanya. Namun hanya kita yang tidak endah kepada Nya..  Siang kita sibuk mencari keperluan diri dan keluarga, Pe salahnya malam kita rapati Nya dengan alirkan air mata untuk mendampingi serta menyintaiNya, moga kita dapat rasakan pertolonganNya lebih awal. Orang dulu-dulu sibukkan diri pada malam hari dengan bangun malam memperhambakan diri mereka dengan memohon pertolongan dari Pencipta Semesta ini, mereka ternyata selamat dan dirahmati. 

Bukanlah itu saja, tangisan malam sebenarnya banyak manfaat. Mereka yang sering mengalirkan air mata pada malam hari semestinya dikurniakan keharmonian hidup yang terjamin…

SEMBELIH

Tuesday, December 9th, 2008

Hari ni dah hari ke dua hari Raya Aidil Adha, kelmarin kami menyempurnakan ibadah korban dengan menyembelih 5 ekor lembu. Masa inilah ramai orang mengambil kesempatan untuk tunaikan hajat, sama ada berbentuk aqikah, korban atau pun menunaikan nazar masing-masing.

Korban atau aqikah adalah berkait rapat dengan sembelihan, binatang akan dipilih oleh mereka yang terlibat sama ada lembu,kerbau, kambing atau apa saja binatang yang diizinkan syara’. Sembelihan biasanya dilakukan oleh mereka yang arif dengan hukum syarak selain berkemahiran tentang kaedah mematikan binatang.

Suatu ketika dulu, saya pernah menghadiri upacara sembelih yang dilakukan oleh orang lama, ternyata berbeza apa yang dilakukan oleh orang sekarang. Orang sekarang sangat ringkas dalam melaksanakan sembelihan ini, rebahkan binatang dengan apacara sekalipun, ikat kuat-kuat, sembelih je laa.. Orang dulu-dulu sangat seni dan melakukan ibadah ini dengan penuh teliti. Ya la… korban bukan boleh sembarangan, kene ikutla adab-adab nya.. Maklumlah nak serah roh pada Tuan asalnya dengan keredhaan kedua-dua belah pihak. Binatang di sembelih dengan redha dan Tuhan menerima roh serta ibadat tu sendiri dengan redha juga. 

Kata orang tua-tua, korban yang dilakukan dengan murka tuhan akan menimbulkan pelbagai anasir yang tidak diigini kelak. Wallahu a’lam..

PUSAT MANDIAN WAP DISERBU LAGI…

Friday, December 5th, 2008

Waduh…Pusat Mandiaan Wap kami diserbu lagi, Semalam kami dimaklumkan hanya beberapa orang je yang kompem nak datang.. Nah!! tiba-tiba pagi ni 10 orang serbu nak mandi wap, dah la gitu , nak kami sediakan makanan la plok!! pe lagi, kabut kami sediakan semua keperluan untuk mereka.. Nasib baik kami dah biasa dengan keadaan begini..

Mereka yang datang tu di kalangan jemaah masjid Geliga, Kemaman. Selepas je solat Subuh dan mendengar ceramah Subuh mereka langsung datang ke SPA kami…

Kesemua mereka sudah pertengahan usia, pe lagi, bila dibuat HBP, masing-masing dah ada Darah Tinggi… Tapi bukan semua, Sesudah mandi wap, Al Hamdulillah… semua dapat result yang baik. Ada yang turun ke tahap normal. Tu la  keistimewaan mandi wap.  

Jom la cubaa..

Locations of visitors to this page