PERAWATAN ALTERNATIF
Monday, November 24th, 2008Bercakap mengenai herba tradisional ini, semestinya berkaitrapat dengan perubatan tradisional. Namun apa yang hendak saya perkatakan bahawa, semua badan perubatan merupakan agensi bagi usaha untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh manusia, haiwan mahupun tumbuhan.
Badan perubatan moden memang tidak asing lagi pada waktu sekarang ini, sekiranya apa pun penyakit dialami oleh kita, yang diikhtiarkan hanyalah membawa si pesakit tersebut ke pusat perubatan moden. Itu adalah semestinya..
Bagi mereka yang berkemampuan pula, mereka akan terus ke pusat perubatan swasta yang berbayar, kerana di sana mereka akan mendapat perawatan yang lebih teliti dan pengawasan yang terjamin. Persoalannya, apakah mereka akan memperolehi kesihatan yang terjamin??, Belum tentu.. Sekiranya perawatan di pusat yang mengenakan kos yang tinggi pun belum tentunya memberikan jaminan kesihatan kepada kita, apatah lagi hanya di pusat perubatan kos rendah atau pembiayaan penuh oleh pihak kerajaan.
Kalau kita tinjau beratus tahun dahulu, di tempat-tempat yang maju dan bertamaddun misalnya pemerintahan kerajaan Rom, Parsi dan lain-lain, apakah mereka menggunakan peralatan moden seperti hari ini untuk hidup dan menyelesaikan penyakit?
Setiap penyakit ada ubatnya.. di mana? Bagaimana?
Kini telah banyak pusat perubatan tradisional yang memberi tampungan terhadap keseimbangan penyakit di dunia. Ia diistilahkan sebagai Perawatan Alternatif. Dengan adanya pusat sebegini dapatlah kita memilih yang mana sesuai untuk kita. Perubatan tradisional tidak kurang hebatnya. Kadang-kadang ramai di antara kita telah menyelesaikan penyakit dengan hanya mengunjungi pusat-pusat alternatif setelah usaha di pusat perubatan moden menemui jalan buntu.

