HERBALIS

May 12th, 2009

Sijil Herbalis ke 16 telah bermula..

KEKUATAN FITRAH

April 28th, 2009

Kelahiran sesuatu kehidupan di alam maya ini telah ditentukan perjalanan dan jadual tersendiri. Ini dinamakan fitrah kehidupan.. Walaupun fitrah kehidupan itu berbeza antara satu sama lain, tetapi ianya ada persamaan dari sudut peta semulajadi kejadian.

SPRITUAL  50%

MINDA 20%

EMOSI 20%

FIZIKAL 10%

AKUPUNKTUR

April 3rd, 2009

Hari ini terasa sangat untuk aku menulis setelah berbulan aku tinggalkan blog ni. Seolah aku ditarik-tarik supaya menukilkan secebis pengalaman untuk dikongsikan dengan semua yang melayari blog ini.

Baru-baru ini aku mengikuti kursus Akupunktur yang diadakan di negeri Sembilan. Tenaga pengajar datangnya dari Indonesia. Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar.. Walaupun tidak ramai penyertaannya, namun, ilmu,  pembelajaran dan pengetahuan baru tentang perawatan alternatif yang aku timba sangat bermakna dan hebat sekali… Oh! sungguh luas ilmu tuhan.

Kini, walaupun masih diperingkat awal pengetahuan tentang pelajaran akupunktur ini, aku yakin aku mampu untuk mengendalikannya…

1 Jan 2009

January 2nd, 2009

Menjelang 1.1.2009, kami dikunjungi ramai pesakit yang menanggung pelbagai masalah kesihatan. Antara mereka, seorang yang usianya masih muda, malah mengidap berbagai masalah, HBP menjangkau 160/98/97, Kalau ikutkan insan tersebut dah pun dikira pengidap Tekanan DarahTinggi, orang yang sama juga ada diabetis, berat badan yang melebih dari sepatutnya, migrain, juga ada gout…Kenapa jadi begini???… Bila ditinjau melalui diagnos tapak tangan, ternyata lebih banyak lagi perkara lain yang tersangkut padanya.

Setelah 2 tahun kami berjinak-jinak dalam menceburi bidang perawatan alternatif SPA ini dengan pelanggan hanya lebih kurang 1000 orang, kami membuat analisa 85% daripada mereka mengalami penyakit dalaman yang membimbangkan. Tekanan Darah Tinggi, Diabetis, Migrain, Gout, Susah tidur, Resdung, dan lain-lain, itu yang selalu dikhabar dan diadukan kepada kami.. Bukannya mereka sudah lanjut umur, ada yang baru je menjangkau 16 tahun, malah sudahpun disahkan pengidap Tekanan Darah Tinggi. Apa sudah jadi??.
Bagaimana 10 tahun akan datang? Sihat ke manusia masa depan? Kita fikir-fikirkanlah…

MENJELANG 2009

December 31st, 2008

Wah!!! malam ni ramailah yang keluar menyambut ketibaan tahun baru, berpusu-pusu dan berbondong-bondonglah manusia dengan semangat tahun baru.. Pelbagai ragamlah watak yang dapat kita lihat, ibuayah dengan keluarganya, si remaja dengan beranika gelagaknya, masing-masing dengan agenda sendiri…

Sambutan tahun baru sangat berbeza antara suatu tempat dengan tempat lain, ada menyambut dengan keriangan berpesta dan bermandikan cahaya percikan bunga api, dan juga ada yang bertemankan lenangan air mata nostalgia diri sendiri, serta tidak jua kurangnya yang menyambut tahun baru dengan dihujani peluru dan suara raungan anak-anak kecil dalam kegelapan dunia.

Namun, inilah suka duka kehidupan… kita bergembira sedangkan mereka berduka, kita nestapa mereka pula hilai tawa… Apa maknanya sambutan untuk Tahun Baru??? Maal Hijrah berlalu dua hari lepas, esok umat manusia sambut satu tahun lagi Masihi.. Oh!!! 2009, Apakah tahun ini diselubungi ‘TERANG’ ataupun ‘GELAP’…

Maal Hijrah 1430

December 29th, 2008

Salam sejahtera untuk semua , Semestinya setiap ketibaan tahun baru, telah menjadi kebiasaan setengah orang memperbaharui azam mereka, walaupun apa yang telah diazamkan tahun-tahun sebelum ini masih belum dilaksanakan lagi… oklah walau apa pun, rancangan hidup mesti dibuat agar ada landasan untuk kita.

Umat manusia kini masih belum mampu untuk menjana kehidupan atas kehendak kejadian mereka. walaupun ramai cerdikiawan telah berhempas pulas merancang, menjana, mengkaji, dan merangka konsep hidup agar ummat manusia hidup lebih aman dan tenteram. Di mana silap dan kekurangannya? Faktor mana yang masih belum dikaji?

Tahun 1430H telah datang, bagaimana nasib kita? kita mengharap kepada siapa bangunkan azam kita itu? sama-sama kita renung dan muhasabah… Bangun sendiri hak yang mutlak bagi kita… sudah lama kita bergantung pada nasib lemah kita, sudah lama kita berharap pada orang lain, kini masanya kita cuba dan terus bangun bina nasib kita sendiri..

Kita bukan saja mengharap suapan rezeki harian kita pada orang… Malah hal ehwal kesihatan kita pun kita ambil endah tak endah.. pe lagi yang ada pada kita, walhal di sekeliling kita banyak kemunafaatan yang boleh dicungkil. Kesihatan kita hak kita.. Jangan tertipu, asal kenyang kita redah pe jenis makanan.. Tulis je halal kita tidak panjang akal, sapu jee…  waspada memilih pe yang kita dan orang-orang kita nak jadikan makanan.  Mencegah lebih baik dari mengubat..

Salam Maal Hijrah, agarnya tahun ini bakal menjamin kebahagian dan Kesejahteraan…

KEMAAFAN IBU SUATU PERAWATAN

December 25th, 2008

“Janganlah kamu berkata walaupun dengan perkataan “ah” sekali pun kepada ibu mu”.
“Syurga di telapak kaki ibu”

Sesungguhnya hari ini ungkapan sedemikian sangat ampuh dan dipandang remeh oleh anak-anak kita. Mungkin benarlah bagai dikata, akhir zaman anak sudah tidak mengenal erti kasih ibu, anak anggap ibu hanya seorang pengatara dan petanggungjawab semasa tumbesaran mereka sahaja… Bila tapak kaki sudah melebari lebih dari ibu, ibu tidak dipedulikan lagi.. Ibu hanya boneka hidup, kadang-kadang suara sapaan ibu ditolak dan tidak kurang adanya tengkingan serta herdik, si ibu kembali dengan hati yang retak hancur..

Duhai anak, Jangan bila sudah ditimpa kecelakaan baru kamu sedar bahawa ada kaitan kamu  dengan kasih ibumu!!..

Ibu penuh kemaafan.. Namun bila terbakar hati, dan terpateri hati ibu pada mu, kamu akan tanggung segalanya..

Kemaafan dari ibu sebenarnya adalah perawatan yang sangat berkesan..
Aku masih ingat pesan orang tua-tua,melalui ibu banyak penawar jiwa… Tak kala aku ingin menduduki peperiksaan ketika zaman persekolahan dulu, aku tidak lupa meminta ibu sediakan air rambutnya untuk aku minum sebagai penenang hati ketika peperiksaan. aku minum…

Entahlah… masihkah wujud perkara sedemikian hari ini?? atau perbuatan demikian sudah dianggap ketinggalan zaman??? kotor? Jijik? Eee… tak lalu nak minumla??? Mungkin ini keluhannya…

Anak-anak!!! Setinggi mana ilmu di dada tinggi lagi keredhaan ibu..

December 24th, 2008

Natural kehidupan…

Dunia semakin runcing kegawatannya.. Manusia kian liar dalam mengejar hala tuju hidup yang tiada asas yang kukuh. Semuanya hilang pedoman dalam meniti usia dan menuju ke arah kematian sendiri. Kita jua kini alpa tentang maksud kejadian diri oleh pencipta alam, Living naturally mengajak semua insan / manusia supaya kembali kepada asas kemurnian hidup, kembalilah ke asal kejadian sebenar…

Kita dilahirkan untuk keamanan dan kerahmatan sejagat. Bertemankan keyakinan kepada kejadian hanya aturan tuhan serta amalan bersifat kepujian, manusia pasti kembali mengenal erti kelahirannya sendiri

PUJANGGA WARISAN

December 17th, 2008


Suatu masa aku ke Kuala Terengganu, masuknya waktu asar aku singgah di masjid Sultan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Putih, selesai tunaikan Solah Asar sementara menunggu ahli keluarga siap, aku tersua seorang tua iaitu orang lama yang berasal di kampung berhampiran masjid ini. Kami sembang-sembang, dalam perbualan aku banyak bertanya tentang perawatan tradisional kepadanya.

Aku tertarik dengan cerita orang tua ini tentang kisah orang dulu-dulu dalam mencari penyelesaian permasalahan penyakit, terutama penyakit taun yang dihidapi oleh penduduk sekitar kampung Kuala ini. Antara warisan dan amalan mereka ketika dahulu ialah mengamalkan satu majlis sepertinya membaca pujangga atau syair yang dinamakan Nazam.

Menurut kata Pak cik tadi, Nazam sememangnya sentiasa diamalkan oleh orang-orang di situ di masjid Putih ini, dan kadang-kadang turut disertai oleh Baginda Sultan Terengganu ketika itu.
Berkali-kali dia menekankan bahawa amalan membaca nazam ini banyak memberi kesan positif, Wabak taun dapat diselesaikan…

Aku tercari-cari apa sebenarnya yang terkandung dalam amalan yang sudah sekian lama ditinggalkan itu, Di mana kebenaran kesan positif ini pada wabak atau penyakit yang sememangnya menjadi igauan pada penduduk dunia?? Dah banyak penyakit kita dengar, JE, SARS.. kini serangan penyakit baru plok, entah dari mana pula asalnya…

Atau mungkin sekali sekala kita boleh tinjau dan terus cuba amalan lama tadi, kut-kut ada betulnya memberi kesan baik pada kita, itu juga alternatif.

December 16th, 2008

           

Locations of visitors to this page